Wednesday, 23 January 2013

French 'fries'

The food seems to be good. Ampang Point.

"Be courteous to all but intimate with few, and let those few be well tried before you give them your confidence. True friendship is a plant of slow growth, and must undergo and withstand the shock of adversity before it is entitled to the appelation."

Without friends no one would choose to live,though he had all other goods.

Friday, 18 January 2013

Tumpaskah Aku?

Ini adalah diari seorang hamba Allah. Aku bertemu dengannya di Taman Botani, Putrajaya. Inilah yang dinukilkannya untuk hari ini : 

18/1/2013

Hari ini aku telah melukakan hati seorang teman rapatku lagi. Yang selalu menyokong dan membantuku di kala aku jatuh. Dan aku telah melepaskan kemarahanku kepadanya sekali lagi. Tapi aku tidak tahu ke mana lagi harus aku luahkan. Hati yang lara ini. Yang selalu jua menangis.

Pernah jua dalam pemikiran ini mahu aku tamatkan nyawa. Kerna terfikir itu saja caranya untuk leraikan duka. Tapi sangkaku ini hanyalah bodoh semata-mata. Sebab secara rasionalnya, 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Dalam keadaan ini, namaku pun tidak akan diingati langsung.

Masih jelas terbayang pernah suatu ketika jiranku membuat jenaka bahawa "Nak bunuh diri macam mana?Terjun bangunan? Tak payahlah nanti susahkan orang je nak kutip serpihan badan. Hehehe..." Memanglah santai sahaja berbicara tapi ada jua benarnya. Ini bukanlah penamat bagi segala-galanya. 

Aku sedar itu. Dan aku tahu kenyataannya bahawa ramai sangat yang sentiasa menyokongku. Dalam aku menongkah arus kehidupan yang penuh ranjau ini, aku lemah sebenarnya. Tapi aku tidak mampu untuk menghentikan otakku daripada ligat berfikir. Lalu timbullah pemikiran yang bukan-bukan. Hingga menimbulkan rasa yang kurang enak di dalam hati.

Kadangkala baik jua kurasakan menjadi pelupa. Sebab tidak perlu mengingati apa yang telah terjadi. Lalu aku mungkin mampu berjalan sendiri. Tanpa perlu menoleh ke kanan dan kiri.

Namun, sedar tak sedar sebenarnya aku pun seorang wira bukan? Masakan aku dapat lagi menulis hari ini. Jika tidak sudah pasti riwayatku ditamatkan jika mengikutkan kehendak hati. Sepatutnya aku harus memberi 'credit' pada diriku sendiri bukan. Sebab sudah ramai yang aku temui tumpas dalam mendepani halangan ini. Tapi aku masih lagi berdiri walaupun bongkok sedikit. Jadi,tumpaskah aku?


Taman Botani, Putrajaya



Yang aku simpulkan.

Hamba Allah ini mungkin terlalu tertekan dengan keadaan hidupnya. Tapi sudah tentu dia bukanlah seorang yang gagal. Sebab dia tidak mengikut bisikan negatif yang acap kali menyerang jiwanya yang lara. Tapi mungkin cara dia mengendalikan tekanan itu sedikit tersasar. Dan menulis adalah landasan terdekat untuk dia mulakan bicara. Bagaimana pula dengan anda. Pernahkah anda berada di situasi yang sama?

nurnilam_sari87





Thursday, 10 January 2013

Aku Yang Menghilang

Hidup pada zaman yang serba moden ini bisa mengurangkan pendedahan kita kepada alam sekitar. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita pastinya dihimpit dengan kesibukan kerja. Tiada lagi pengisian masa dengan alam sekitar. Hubungan kita dengan kehidupan alam juga makin berkurangan. Maka, kasih itu jua sudah makin melayang bagaikan ditiup angin.

Dalam zaman yang serba canggih ini juga, anak-anak tidak lagi dibiarkan bermain di parit sana. Malah, jika ada sekalipun ianya terbatas. Ini juga disusuli dengan prasangka terhadap persekitaran. Masakan tidak, dengan segala macam jenayah yang berlaku, pasti kita berasa gusar dan mengambil langkah berwaspada.

Hari ini aku mahu kongsikan suatu cerita tentang burung. Hantu namanya. Ia adalah sebahagian daripada makhluk Tuhan, yang hidup di dalam alam sekitar. Burung hantu ini sebenarnya juga makin menghilang. Pupus dek kerana kemodenan.

Pagi itu indah seperti biasa. Bak kata Hujan. Tapi apa yang mengejutkan aku dan ibuku adalah kami terjumpa seekor burung hantu di bawah sinki rumah. Besar saiznya! Terpegun sebentar. Tidak perlu lagi berpusu-pusu ke Zoo Negara. Disini jua sudah cukup untuk melihat sendiri haiwan yang makin pupus ini.

Comel juga rasaku. Badannya juga gempal seperti 'teddy bear'. Ketika aku cuba menangkap gambarnya juga, lenanya tidak terganggu. Nyenyak sungguh tidurnya. Makhluk ini mungkin sesat. Mencari jalan pulang. Tapi, yang sedihnya dia mungkin mencari sarang. Tempat tinggalnya.

Rumahku ini di belakangnya hutan. Maka, pada firasatku pastinya makhluk Tuhan ini sedikit terganggu. Terganggu dek pembangunan. Kawasan permainannya yang dahulunya luas, kini makin sempit. Jadi, dia terbang pun mungkin tidak jauh. Jika jauh sekalipun, mungkin dia sesat. Seperti burung hantu ini.

Burung hantu yang comel
Pelbagai kesan boleh berlaku disebabkan pembangunan. Tidak salah membina bangunan di sana sini tapi harus diiringi dengan nilai moral. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Manusia begitu rakus dengan pembangunan. Bukit ditarah, tanah digali. Maka, makhluk Tuhan yang bernama Bumi itu pun makin lama makin lali. Sehinggakan dia sendiri pun makan hati.

Apa yang ingin disampaikan ialah kurangnya kasih sayang kita pada alam semula jadi. Kita hanya mementingkan hubungan kita dengan manusia sahaja. Tapi kita lupa bahawa kita juga perlu menjaga hubungan dengan sekitaran. Perlu diingat bahawa manusia perlu menjaga hubungan kasih sayang dalam tiga perkara iaitu:

1) Hubungan dengan Tuhan
2) Hubungan dengan manusia
3) Hubungan dengan persekitaran

Jika ketiga-tiga ini dijaga dengan baik, pastinya hidup lebih sejahtera. Adalah diharap agar kita lebih prihatin selepas ini. Sertailah mana-mana badan NGO yang mendokong bumi hijau. Atau dengan menjaga kebersihan sekalipun, sudah memadai untuk menunjukkan sayangnya kita pada alam sekitar.

Monday, 7 January 2013

Tingginya Nilai Satu Sen

Hari ini aku ke tempat kerja seperti biasa. Kerjayaku ini memerlukan kesabaran tinggi. Maklumlah perlu melayan kerenah manusia yang pelbagai.

Hari ini dalam sejarah lagi. Ceritanya begini. Aku berjumpa dengan seorang hamba Allah di tempat kerja. Tujuannya untuk mendapatkan bantuan. Seperti biasa, aku dengan setia cuba membantunya.

"Kak ni dah putus harapan nak oi. Rasa macam nak bunuh diri aje. Sanggup suami akak ada perempuan lain." Panjang keluhannya. Sambil-sambil aku sempat juga berkhayal. "Macam Ombak Rindu la plak." Bisik hatiku.

Aduh. Tiba-tiba aku tersentak. "Awak kan kaunselor, ada tips-tips tak?" Katanya sambil menepuk meja."Err...in shaa Allah akak. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya." Lalu aku pun cuba menasihatinya. Menggunakan pengalaman yang sedia ada. Selebihnya aku serahkan pada Tuhan.

Tengah hari. Perut pun terasa lapar. Aku pun segera ke luar untuk mencari sesuatu. Singgah sebentar di kedai makan Nad the Bullet Train. Kedai ini memang pelik namanya. Tapi masakannya cukup sedap. Hingga menjilat jari. Habis sahaja makan, aku segera bangun untuk membuat bayaran. Terkilas pandang di meja sebelah.

Ternampak aku pinggan yang masih ada sedikit baki nasi dan lauk pauk. "Membazir betul." Kataku di dalam hati. Tiba di kaunter bayaran, aku terdengar perbualan. "Semalam kan awak dah beli goreng pisang tu. Bukan makan pun kan." Aku melihat ke tepi. Gelagat dua orang pasangan yang masih muda.

Habis membuat bayaran aku segera keluar. Menyusuri kaki lima jalan. Pasangan tadi berjalan di hadapanku. Mungkin kebetulan kami meletak kenderaan di tempat yang sama. Tetapi langkah kami terhenti sebentar. Ada seorang lelaki tua meminta sedekah. Yang bagusnya, pasangan tadi memberi goreng pisang yang dibeli tadi padanya.

"Terima kasih anak!" Cakapnya berulang-ulang kali. Entah sudah berapa lama perutnya kosong. Kasihan. Lalu aku turut memberi. Tapi dalam bentuk wang memandangkan aku pun tidak punya makanan pada saat itu.

Aku terus berjalan. Untuk sampai ke keretaku, aku terpaksa melintas jalan. "Banyak sungguh kereta hari ini. Mungkin sebab hari isnin." Tiba-tiba aku dihampiri seorang lelaki buta pula. Cuba melintas juga. "Eh pak cik, biar saya tolong pak cik. Pak cik nak melintas juga kan." "Ya nak. Terima kasih banyak-banyak." Senyuman terukir.

Aku memimpinnya. "Terima kasih nak. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anak."Katanya. "Tiada apa-apa pak cik. Biasa-biasa saja." Ting! Terdengar duit terjatuh. Aku membongkok. Duit satu sen kepunyaan pak cik itu. "Apa tu nak?" Tanyanya. "Oh, duit satu sen aje pak cik." Kataku.

"Satu sen pun tetap duit nak. Boleh pak cik minta balik?" Terkedu sebentar. Tapi aku terus memberi kepadanya. Jika kita mungkin tidak akan mengerti. Kalau terjumpa satu sen di celah-celah sofa mahupun di atas lantai, mustahil akan kita kutipkan!

Tapi kita seringkali terlupa. Dari satu sen itulah terhasilnya seringgit. Dan dari satu ringgit itulah terhasilnya seratus ringgit. Sebaik saja tiba di pejabat, aku terus menaip di blogku apa yang telah terjadi. Untuk dikongsi akan pengalamanku ini.


Sunday, 6 January 2013

Rindu Kekasih

Kepadamu kekasih,
Rindu aku,
Mengukir senyum
Di dalam Kalbu

Masih terasa,
Hangat itu,
Mengusik jiwa

Jika diukir,
Bulan dan Bintang,
Pastikan bersinar

Akan tersemat,
Bukti cintaku,
Pada dirimu

Hadirmu disisi,
Lenyapkan duka,
Kuntumkan bunga

Hiasi hidup,
Kembang mekar,
Untuk selamanya

Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu....


Aku tidaklah kreatif. Otakku beku seperti ais. Mungkin juga sebab aku gemar menokok ais. Jadi, otakku bisa menjadi seperti 'iceberg'. Tetapi jangan dicabar aku tentang wayang. Sebab aku memang hantunya. Cakap saja apa ceritanya, aku memang orang pertama!

Petang itu seperti biasa. Baru sahaja habis 'last paper' semalam. Senyap. Sunyi sebab kebanyakkannya qada' tidur. Lena belaka. Tiada lagi 'bip-bip' telefon berdering. Lalu aku terus melayan kerenah jiwa. Menonton 'Titanic' di laptop. "Reminiscence katakan." Monologku sendirian.

"Woit!Tengok porn ek!" Terkejut aku dibuatnya. Diana bercekak pinggang di hadapanku. Diana ini memang kecoh orangnya. Mulutnya sudahlah murai, tapi masih digemari ramai. "Hang jangan dok buat kalut na!" Tegasku. "Kalut tak kalut, hang nak pi tengok wayang dak?" Diana cuba mengumpan sambil mengibas-ngibas dua helai kertas kecil di jemarinya.

Aku bingkas bangun. Menerpa untuk melihat cerita wayangnya. 'The Hobbit'. Wah, ini sudah durian runtuh. Aku segera mengiyakan sahaja. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Betulkan. Kami segera bersiap. Wayang bermula di malam hari. Orang tuaku selalu berpesan supaya jangan keluar malam. Tapi aku tetap begini. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Usai mengenakan make-up di wajah, aku segera ke bilik sebelah. "Akak ade nak pesan apa-apa tak, saya dan Diana nak kuar jap malam ni. Jimba-jimba." Senyumku. "Takpela, akak ingat nak pergi Kepong kejap esok. Nak pergi ceramah agama dengan kawan akak. Nak ikut?" " Akak ni buat taktau pulak." Kataku sambil tersenyum. Kak Hidayah ini memang baik orangnya. Cuma aku belum terbuka hati untuk ikut serta.  Kuncinya belum aku temui jua.

"Tapi akak ok ke?Takut nanti akak penat pula. Akak kan bertongkat." Risau juga aku dibuatnya. "Jangan risau, Tuhan akan jaga akak."Katanya. "Hehehe..." Aku ketawa sendirian. Nah! Rasakan! Seperti ditempeleng pula. "Okla macam tu akak. Chow chin chow! Take care tau!" Kataku.

Aku dan Diana terus meloloskan diri ke dalam kereta. "Ish! Kenapalah kereta kau ni panas sangat. Rasa macam dalam microwave!" Kata Diana. "Eh, mulut tu tapis-tapis sikit boleh tak?" Kadang-kadang panas juga aku dibuatnya. Aku terus memandu. Lalulintas lancar pula. Syukur, tidaklah pening kepalaku.

Sampai di pusat membeli-belah, kepalaku mulai pening. Pening bukannya sebab migrain, tapi kerana parking full! Hendak dijadikan cerita, aku terpaksa meletakkan kenderaanku di luar bangunan. Jauh sikit berjalan. Tidak mengapa, asalkan dapat tengok wayang!

"Eh awal lagila. Aku nak solat kejap." Diana memandangku. Aku terpana. Bagaikan mutiara jatuh ke pelimbangan adakah hilang cahayanya. Otakku mula ligat berfikir. "Aku off la today." Padahal kemalasan melampau melilit di jiwa. Aku berasa renyah untuk melilit selendangku dan menempek bedak di muka kembali. Tipu, tipu lagi. Tidak mengapa, tipu sunat. Monologku sendirian lagi.

Sesuatu tentang diriku ini, aku rabun malam.Memang itu masalah utamaku. Sebaik sahaja wayang selesai, kami terus melangkah keluar. "Best betul cerita tadikan." Kataku sambil melangkah. Gedebok! Tiba-tiba aku terasa sakit di bawah dagu. Terasa berat pula badanku. Aduh, rupa-rupanya kakiku tersadung pada bahu jalan. Diana yang berisi pula terjatuh ke atasku. Rasa macam nangka busuk pula!

Kami bergegas bangun. Malu jangan dicakap. Sakit jangan diucap. Terus berlalu tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiba di kereta, aku terus mengeluarkan kunci. Cuba menghidupkan enjin. Diam. Cuba lagi. Diam. Cuba lagi. "Macam ade prob je. Habis minyak ke." Diana cuba meneka. Sekali lagi malang. Bateri keretaku habis!

Nasiblah malam itu aku punya kawan. Farhana namanya. Terkocoh-kocohlah dia memandu dari Shah Alam untuk membantu. Berseorangan pula tu. Tapi, dia ini memang iron lady. Kerja-kerja mekanik ini memang sebati dengan jiwanya. Malam itu kami tidur di rumah Farhana. Keesokan harinya baru pulang ke asrama.

Satu hari aku tidur. Penat di badan bukan kepalang. Aku cuba turun dari katil. Kakiku terasa sedikit bengkak. Kesan daripada terjatuh semalam. "Alah bisa tegal biasa." Gusar  hatiku. Tiba-tiba Kak Hidayah menyapa. "Eh, akak, macam mana dengan ceramah akak?" Senyuman terukir di wajahnya. "Alhamdulilah." Sejuk mata memandang. "Akak ada sesuatu untuk kamu."

"Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu." Malam itu aku bertapa. Tiada lagi wayang. Duit juga tidak melayang. Aku mulai membelek buku pemberian Kak Hidayah. Setiap helaian diselak. Satu persatu.Tenang, terasa tenang pula di hati.