Aku tidaklah kreatif. Otakku beku seperti ais. Mungkin juga sebab aku gemar menokok ais. Jadi, otakku bisa menjadi seperti
'iceberg'. Tetapi jangan dicabar aku tentang wayang. Sebab aku memang hantunya. Cakap saja apa ceritanya, aku memang orang pertama!
Petang itu seperti biasa. Baru sahaja habis
'last paper' semalam. Senyap. Sunyi sebab kebanyakkannya qada' tidur. Lena belaka. Tiada lagi
'bip-bip' telefon berdering. Lalu aku terus melayan kerenah jiwa. Menonton '
Titanic' di laptop. "
Reminiscence katakan." Monologku sendirian.
"Woit!Tengok
porn ek!" Terkejut aku dibuatnya. Diana bercekak pinggang di hadapanku. Diana ini memang kecoh orangnya. Mulutnya sudahlah murai, tapi masih digemari ramai. "
Hang jangan dok buat kalut na!" Tegasku. "Kalut tak kalut,
hang nak pi tengok wayang dak?" Diana cuba mengumpan sambil mengibas-ngibas dua helai kertas kecil di jemarinya.
Aku bingkas bangun. Menerpa untuk melihat cerita wayangnya. '
The Hobbit'. Wah, ini sudah durian runtuh. Aku segera mengiyakan sahaja. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Betulkan. Kami segera bersiap. Wayang bermula di malam hari. Orang tuaku selalu berpesan supaya jangan keluar malam. Tapi aku tetap begini. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Usai mengenakan
make-up di wajah, aku segera ke bilik sebelah. "Akak
ade nak pesan apa-apa tak, saya dan Diana nak
kuar jap malam
ni.
Jimba-jimba." Senyumku. "
Takpela, akak ingat nak pergi Kepong kejap esok. Nak pergi ceramah agama dengan kawan akak. Nak ikut?" " Akak ni buat
taktau pulak." Kataku sambil tersenyum. Kak Hidayah ini memang baik orangnya. Cuma aku belum terbuka hati untuk ikut serta. Kuncinya belum aku temui jua.
"Tapi akak
ok ke?Takut nanti akak penat pula. Akak
kan bertongkat." Risau juga aku dibuatnya. "Jangan risau, Tuhan akan jaga akak."Katanya. "Hehehe..." Aku ketawa sendirian. Nah! Rasakan! Seperti ditempeleng pula. "
Okla macam tu akak.
Chow chin chow! Take care tau!" Kataku.
Aku dan Diana terus meloloskan diri ke dalam kereta. "Ish! Kenapalah kereta kau ni panas sangat. Rasa macam dalam
microwave!" Kata Diana. "Eh, mulut tu tapis-tapis sikit boleh
tak?" Kadang-kadang panas juga aku dibuatnya. Aku terus memandu. Lalulintas lancar pula. Syukur, tidaklah pening kepalaku.
Sampai di pusat membeli-belah, kepalaku mulai pening. Pening bukannya sebab
migrain, tapi kerana
parking full! Hendak dijadikan cerita, aku terpaksa meletakkan kenderaanku di luar bangunan. Jauh sikit berjalan. Tidak mengapa, asalkan dapat tengok wayang!
"Eh awal lagila. Aku nak solat kejap." Diana memandangku. Aku terpana. Bagaikan mutiara jatuh ke pelimbangan adakah hilang cahayanya. Otakku mula ligat berfikir. "Aku
off la today." Padahal kemalasan melampau melilit di jiwa. Aku berasa renyah untuk melilit selendangku dan menempek bedak di muka kembali. Tipu, tipu lagi. Tidak mengapa, tipu sunat. Monologku sendirian lagi.
Sesuatu tentang diriku ini, aku rabun malam.Memang itu masalah utamaku. Sebaik sahaja wayang selesai, kami terus melangkah keluar. "
Best betul cerita tadikan." Kataku sambil melangkah. Gedebok! Tiba-tiba aku terasa sakit di bawah dagu. Terasa berat pula badanku. Aduh, rupa-rupanya kakiku tersadung pada bahu jalan. Diana yang berisi pula terjatuh ke atasku. Rasa macam nangka busuk pula!
Kami bergegas bangun. Malu jangan dicakap. Sakit jangan diucap. Terus berlalu tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiba di kereta, aku terus mengeluarkan kunci. Cuba menghidupkan enjin. Diam. Cuba lagi. Diam. Cuba lagi. "Macam ade
prob je. Habis minyak
ke." Diana cuba meneka. Sekali lagi malang. Bateri keretaku habis!
Nasiblah malam itu aku punya kawan. Farhana namanya. Terkocoh-kocohlah dia memandu dari Shah Alam untuk membantu. Berseorangan pula tu. Tapi, dia ini memang
iron lady. Kerja-kerja mekanik ini memang sebati dengan jiwanya. Malam itu kami tidur di rumah Farhana. Keesokan harinya baru pulang ke asrama.
Satu hari aku tidur. Penat di badan bukan kepalang. Aku cuba turun dari katil. Kakiku terasa sedikit bengkak. Kesan daripada terjatuh semalam. "Alah bisa tegal biasa." Gusar hatiku. Tiba-tiba Kak Hidayah menyapa. "Eh, akak, macam mana dengan ceramah akak?" Senyuman terukir di wajahnya. "Alhamdulilah." Sejuk mata memandang. "Akak ada sesuatu untuk kamu."
"Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu." Malam itu aku bertapa. Tiada lagi wayang. Duit juga tidak melayang. Aku mulai membelek buku pemberian Kak Hidayah. Setiap helaian diselak. Satu persatu.Tenang, terasa tenang pula di hati.