Ini adalah diari seorang hamba Allah. Aku bertemu dengannya di Taman Botani, Putrajaya. Inilah yang dinukilkannya untuk hari ini :
18/1/2013
Hari ini aku telah melukakan hati seorang teman rapatku lagi. Yang selalu menyokong dan membantuku di kala aku jatuh. Dan aku telah melepaskan kemarahanku kepadanya sekali lagi. Tapi aku tidak tahu ke mana lagi harus aku luahkan. Hati yang lara ini. Yang selalu jua menangis.
Pernah jua dalam pemikiran ini mahu aku tamatkan nyawa. Kerna terfikir itu saja caranya untuk leraikan duka. Tapi sangkaku ini hanyalah bodoh semata-mata. Sebab secara rasionalnya, 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Dalam keadaan ini, namaku pun tidak akan diingati langsung.
Masih jelas terbayang pernah suatu ketika jiranku membuat jenaka bahawa "Nak bunuh diri macam mana?Terjun bangunan? Tak payahlah nanti susahkan orang je nak kutip serpihan badan. Hehehe..." Memanglah santai sahaja berbicara tapi ada jua benarnya. Ini bukanlah penamat bagi segala-galanya.
Aku sedar itu. Dan aku tahu kenyataannya bahawa ramai sangat yang sentiasa menyokongku. Dalam aku menongkah arus kehidupan yang penuh ranjau ini, aku lemah sebenarnya. Tapi aku tidak mampu untuk menghentikan otakku daripada ligat berfikir. Lalu timbullah pemikiran yang bukan-bukan. Hingga menimbulkan rasa yang kurang enak di dalam hati.
Kadangkala baik jua kurasakan menjadi pelupa. Sebab tidak perlu mengingati apa yang telah terjadi. Lalu aku mungkin mampu berjalan sendiri. Tanpa perlu menoleh ke kanan dan kiri.
Namun, sedar tak sedar sebenarnya aku pun seorang wira bukan? Masakan aku dapat lagi menulis hari ini. Jika tidak sudah pasti riwayatku ditamatkan jika mengikutkan kehendak hati. Sepatutnya aku harus memberi 'credit' pada diriku sendiri bukan. Sebab sudah ramai yang aku temui tumpas dalam mendepani halangan ini. Tapi aku masih lagi berdiri walaupun bongkok sedikit. Jadi,tumpaskah aku?
| Taman Botani, Putrajaya |
Yang aku simpulkan.
Hamba Allah ini mungkin terlalu tertekan dengan keadaan hidupnya. Tapi sudah tentu dia bukanlah seorang yang gagal. Sebab dia tidak mengikut bisikan negatif yang acap kali menyerang jiwanya yang lara. Tapi mungkin cara dia mengendalikan tekanan itu sedikit tersasar. Dan menulis adalah landasan terdekat untuk dia mulakan bicara. Bagaimana pula dengan anda. Pernahkah anda berada di situasi yang sama?
nurnilam_sari87
“To all those suffering from sadness or depression, know that it isn’t your fault. It isn’t because you’re weak. It isn’t because you’re just not grateful enough. It isn’t because you’re just not religious enough. It isn’t because you don’t have enough faith. It isn’t because God is angry with you. To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease–and like all things of this world–this too shall pass.”
ReplyDelete— Yasmin Mogahed